Monday, November 23, 2009


ket kelate..



kat KL musium negara

Travel post





kat melaka

Friday, November 20, 2009

gosip-gosip ahli tingkap husna


akan datang rakan husha akan mewujudkan koperasi sendiri..insyaAllah dengan kesepakatan oleh semua ahli al-husna...

makan weh'

coklat memang sedap di makan,lagi-lagi coklat yang mahal dan menjadi lebih sedap lagi kalau orang kasi atau dengan kata yang lebih tepat dan padu adalah 'free'..selain sedap ia juga dapat memberi kebaikan pada kita,ia boleh membantu untuk otak kite,xsilap aku la..apa yg menjadikannye tidak baik apa bila orang yang makan coklat macam nasi,,harus di ingatkan makan coklat dengan kadar yang berpatutan dan pada time yang tertentu sahaja yang dapat memberi hasilnya..siapa yang makan coklat juga adalah orang yang penyayang,tidak silap aku la..dan aku adalah antara golongan penggemar colkat,murah atau mahal itu belakang kira..yang penting makan dulu'..

secawan moca sekeping info


masyarakat sekarang semakin jauh dengan perkara2 sunah dalam menjalani kehidupan di sesebuah komuniti ataupun di sesuatu kawasan,,pada masa kini perkara sunah telah menjadi parkara adat di sebabkan tiada penhayatan yang mendalam,,contohnya perkara dalam bulan syawal ini,budaya memberi duit raya ia sebernarnya yang kita semua maklum ialah untuk bersedekah tetapi kenapa perlu pada hari raya?bukankah lebih baik di buat dalam bulan ramadan yang berganda pahalanya berbanding pada bulan syawal..tetapi ia tiada menjdi masalah sama sekali,,brgantung pada kita sendiri dan penghayatan kita untuk menilai mana yang lebih baik .

Tuesday, November 10, 2009

Cerpen : Jantan

Cengkerik itulah berbunyi, entah lima ekor, entah enam ekor. Yang pastinya mereka turut sama memeriahkan suasana malam pada waktu ini. Memang angin agak deras sedikit pada malam ini. Bintang pun tidak kelihatan. Semacam mendung. Sedikit bising dengan pekikan burung dan kuak babi yang menyondol buntut sesama mereka. Meriah.“Terima kasih kepada saudara semua yang sudi menghadirkan diri pada malam ini” Kata penghulu kaum jantan.“Kenapa kita dikumpulkan pada malam ini” Sahut seekor babi yang datang dari celah mana. “Minta bertenang semua” penuh dedikasi Ketua Jantan. Keterampilannya usah diragui lagi.Dialah yang berjaya menyelesaikan rusuhan kaum saudaranya satu ketika dahulu. Tidak puas hati jenis babi kepada kaum manusia, lantas membuat rusuhan diladang Pak Seman. Dia jugalah dapat mempereratkan antara jenis beruk jantan dengan jenisnya. Masih lagi dia dengan jawatannya ‘ketua jantan’ kerana jasanya. Fikiran Ketua Jantan masih lagi ligat memikirkan masalah yang sedang berlaku. Bukanya untuk menghalang, tapi memikirkan jalan yang sesuai untuk menjamin kesejahteraan anak buahnya. Bagaimanalah caranya untuk mengelakkan masalah yang sama berulang kali. Teringin ketua jantan menyondol pokok kelapa dek kerana bebanan masalahnya. Nak dihalang tak boleh, takut rakyatnya memberontak.“Tok Jantan tak boleh buat begitu, benda tu dah jadi fitrah kita” Kata Leman membela diri dan beberapa ekor beruk yang dating bersama-samanya.“Aku taklah melarang korang daripada berbuat demikian sebabnya ia adalah suruhan tuhan untuk kita berpasangan. Tapi dah jadi macam nie, aku jugak yang susah.” Bantah Ketua Jantan.“Bukan salah kami Tok Jantan.” Sapa Leman.“Aku pun tak salahkan korang” Lemah nada Ketua Jantan.“Leman, ko dan beruk-beruk nie, tolong beritahu semua jelata jantan akan perjumpaan tergempar pada malam esok” Perintah Ketua Jantan.“Baik Tok” Serentak jawapan mereka.Legar kepala Ketua Jantan memikiarkan buah-buah ayat untuk disampaikan pada jelatanya malam besok.Malam yang dikontotkanKetua Jantan memandang tajam mereka yang hadir pada malam itu. Sekali lagi Ketua Jantan cuba mendongak ke pohon-pohon. Terasa sakit. Mengapalah aku tidak punya leher, senang untukku mendongak, rintih Ketua Jantan.Dihadapkan matanya pula ke jelata daripada sekalian babi. Runsing. Ketua jantan melihat jelatanya yang tak reti diam. Ada yang menyondol sesama sendiri. Ada yang berkejaran, ada yang mengais makanan dan ada juga yang menanti setia kata-kata dari Ketua Jantan sambil mengunyah sesuatu dalam mulut. Ketua Jantan sudah lali dengan fill jelatanya. Perangai jantan. Tapi malam ini Ketua jantan memang runsing dan muak dengan perangai jelatanya. Terasa sedikit ledakan kemarahan di dalam hati Ketua Jantan. Ketua Jantan cuba mengawalnya sebaik mungkin agar status dan kalibernya tidak terjejas. Kali ini Ketua Jantan nekad untuk menyelesaikan secepat mungkin masalah yang berlaku. Ketua Jantan cuba mencari Leman.“Ahh… kemana pulak budak Leman nie” Bingung ketua Jantan. Masih lagi tidak kelihatan kelibat Leman.“tunggu apa lagi Tok Jantan, letih kami menungu ni” Jerit seekor beruk dari celah-celah dedahan pokok yang rendang itu. “Harap bersabar” Jawab Ketua Jantan.“Hoi…….”Leman memalingkan seluruh badanya kebelakang, melihat siapakah gerangan yang memanggilnya.“Oii… buat tek reti aje kita panggil dia.” Seranah Jelis yang keletihan mengejar Leman.“Sorrylah aku tak dengar. Ko kat atas, aku kat bawah” Jawab Leman dengan selamba babi. Jelis adalah kawan baiknya. Walaupun mereka bukan satu spesis, namun dengan jasa Ketua Jantan perpaduan antara jenis beruk dan jenis babi amat ketara sekali.“Macam mana rancangan ko “couple” dengan Limah tu, jadi ke tidak?“Besok pukul lapan malam, di bawah pohon kepayang. Segalanya akan menjadi saksi cinta kami berdua” Leman berpuitis.Amboi haanggg! Bila dah dapat betina idaman, kawan baik hang, hang tinggalkan no” Jelis sedikit cemburu.“Ko dengan timah bagaimana? Leman cuba menukar tajuk.“Besok aku ada ‘date’ dengan dia” Jawab Jelis dengan sedikit bangga.Leman memalingkan kepalanya. Bukanya Leman cemburu dengan kawan baiknya, tidak; Leman tidak cemburu, tapi Leman menyampah melihat beruk senyumdengan menzahirkan barisan gigian yang penuh dengan karatan kuning.“Bertualah kau” Kata Leman.“Tak pelah. K Leman, aku bla dulu. Ada janji dengan kawan aku yang lain. Besok kita jumpa o.k”“Baiklah” Balas Leman sambul menggaggukkan muncung kepalanya.“Hoi… Leman kemari ko” Jerit Ketua Jantan.Ketua Jantan mengamati wajah Leman yang sedikit muram. Ya; wajah itulah yang ditatapnya semalam. Wajah yang mendug semendug malam ina. Tidak ada seri bintang dan bulan. Jumud dan kaku. Hanya angin yang kadang-kadang menghasilkan bunyi yang kurang enak untuk didengar, kadang-kadang mengerikan.“Macam mana boleh terjadi” Tanya Ketua Jantan.Tiada jawapan, hanya wajah yang mencuka.Secepat itu berita tersebar. Pagi lagi, sudah kecoh dimulut-mulut jelata sekalian jantan. Dari berbibir besar hinggalah berhidung kemet, semua mengetahuinya. Mana Leman ingin menyorok muka menahan malu, mana Jelis ingin menatapwajah-wajah kaumnya setelah cereta itu tersebar.“Cubalah cerita, baru Tok boleh mencari jalan keluarnya” Pujuk Ketua Jantan.“Begini Tok…” Leman memulakan bicara dengan sedan.“Saya dan Limah ada ‘date’, so kami bercouplelah ke hulu-hilir. Saya ikutkan buntut Limah, seperti biasa adapt berpasangan, saya menghidu buntutnya. Sedang leka saya menghidunya, saya tek sedar pulak yang Limah tanpa segan silu telah menghamburkan bahan kumuhanya”“Begitu sekali, apa yang terjadi? Tanya Ketua Jantan.“Apa lagi Tok, penuhlah muka saya dengan najis-najis Limah tu.” Ketua Jantan mengeleng-telengkan kepalanya. Mereka yang hadir pada waktu itu tiada sapa pun yang senyum, apa lagi tergelak. Memang pun perkara tersebut bukan perkara lucu. Sedikit pun tidak melucukan. Terpancar kegelisahan Ketua Jantan dengan remangan bulu-bulunya yang kehitaman.“Aku rasa kau pun tahu Leman, yang tuhan tak membenarkan kitaberbuat demikian, berjalan kehulu-hilir belum bernikah. Dah tu yang kau pergi hidu buntut si Limah tu nak buat apa?”Sekali lagi senyap. Sunyi; tanda kekesalan. Bukanlah Leman makhluk pertama yang berbuat dan terkena demikian. Sudah beberapa pasangan. Cuma Ketua Jantan memandang temeh perkara tersebut. Kali ini Ketua Jantan terpaksa bertindak agar perkara itu tidak akan terjadi lagi.“Kamu pulak Jelis, apa kisahnya? Soal Ketua Jantan.“Saya Tok, pun ada ‘date’ jugak, dengan Timah. Tapi taklah sejauh Leman. Kami cuma bergayut, berborak-borak tentang diri sendiri. Tah macam mana dahan yang kami gayut tu rapuh. Maka kami pun jatuhlah.” Terang Jelis.“Tinggi ke tidak pokoknya” Ketua Jantan meminta penjelasan.“Kalau tak tinggi Tok, tak patahlah tangan saya nie.” Balas Jelis pada Ketua Jantan.“Jelis, mengapa kau tak pergi minta nasihat orang tua sebelum buat. Biar depa ajar engkau yang mana dahan yang kuat, dan mana dahan yang rapuh. Jangan diikut kehendak hati muda tanpa nasihat orang tua. Mereka lebih berpengalaman dari engkau.” Nasihat Ketua Jantan kepada Jelis.“ Kan boleh engkau kenal betina itu tanpa bergayut” Sekali lagi Ketua Jantan memberi cadangan. Jelis hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja.“Saya tidak lagimembenarkan sesiapa daripada jenis babi bercouple tanpa bernikah. Saya juga tidak membenarkan jenis beruk bergayut untuk berkenalan dengan betina.” Tegas Ketua Jantan.Bersiponganglah ungkapan boo kepada Ketua Jantan. Ketua Jantan sudah menduga perihal yang bakal akan berlaku. Ketua Jantan cuba mengawal emosi diri. Leman yang berada di kiri dan Jelis yang berada di kanan Ketua Jantan hanya mampu tunduk. Usahkan mencampuri, berdehem pun haram bagi mereka berdua. Sebaiknya berlagak tiada, jalan keluar dari dicerca masyarakatnya. “ Saya bukannya menghalang saudara semua dari berpasang dan mencari betina. Itu fitrah dan itulah perintah tuhan, tapi lihatlah di hadapan saudara sekelian, dua jelata jantan telah melanggar hokum tuhan. Telah memalukan kerabat jantan, semuanya adalah kerana betina.” Kuat suara Ketua Jantan seolah-olah cuba mendapat perhatian dari jelata jantan.“ Tok tak boleh larang kami. Kami suka pada betina. Kami suka buat perkara itu.” Sahut seekor babi dari jelata Ketua Jantan.“ Kamu suka dengan najis ? Kamu suka derita? Lihatlah Leman, saudara kamu. Kamu suka najis betina? Kamu suka jadi macam Jelis?” Berulang-ulang Ketua Jantan mengucapnya.“ Kami tahu, Tok Jantan cemburu dengan kami. Tak ada betina yang suka dengan Tok Jantan. Itu sebabnya, Tok Jantan haling kami untuk berbuat demikian.”Entah dari mana suara sumbang itu kedengaran. Kelu seketika Ketua Jantan. Memang Ketua Jantan sudah lama bersendiri Hanya Ketua Jantan sahaja yang tahu tentang dirinya. Ada beberapa ekor betina yang menggoda Ketua Jantan dulu, tapi Ketua Jantan tidak mengikut hawanya. Dia masih tahu hokum tuhan. Lagi pun memang Ketua Jantan suka bersendiri, baginya betina memang menyusahkan jantan. Tak sangka, perkara begini dipandang fitnah oleh jelatanya terhadap dirinya.Malam yang dikontotkanMalam ini memang gelap. Malam yang dingin dan gelap lebih menjernihkan bayangan-bayangan yang terkapar tergambar dalam renungan Ketua Jantan bakal apa yang terjadi rentetan jelata jantannya. Hujan akan turun tidak lama lagi kerana rintik-rintik sudah mulai kerap. Tempikakan beruk-beruk hutan jelata jantan kedengaran mencari teduhan. Babi-babi jelata jantan ada yang berlarian dan ada yang seronok bermainan lumpuran-lumpuran pekat larutan tanah dan renyaian hujan. Mereka biarkan Ketua Jantan, Leman dan Jelis sendirian. Bebulu mereka mulai basah dengan rintikan hujan tersebut. Ada kuakan kegembiraan dari suara-suara jelata jantan. Rintikan yang berbentuk renyaian itu mulai merubah rupa berbentuk curahan. Kuakan jelata jantan tak sama dengan kuakan Ketua Jantan. Adakah cecair yang turun itu berupa rahmat atau bala dari Tuhan ?